Searching...
Monday 18 June 2012
21:00 0

Acer Aspire S5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Selasa Hadapan


Dengan dunia Ultrabook yang semakin mendapat perhatian ramai di seluruh dunia, kini Acer selepas melancarkan Aspire S3 pada tahun lepas, kini bakal melancarkan Acer Aspire S5 pada minggu hadapan di Malaysia. Buat masa ini, harga pelancarannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Sebagai promosi awal untuknya, kini Acer Malaysia telah pun menyediakan sebuah aplikasi khas menggunakan Augmented Reality, sekaligus membolehkan para pengguna melihat gambaran komputer riba tersebut pada peranti mudah-alih mereka dengan mudah.

Melalui Acer Aspire S5, ia membawakan cip pemprosesan Intel Core i7 Ivy Bridge, 4GB RAM, ruangan storan sehingga 256GB SSD, skrin bersaiz 13.3-inci, serta menggunakan Windows 7 padanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...