Searching...
Tuesday 26 June 2012
12:01 0

'Aaron Aziz Ke Siapa Ke, Dia Kena Ikut Prosedur Seperti Biasa' - Datuk Seri Hishamuddin

TIADA sebarang keistimewaan diberikan kepada permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang diperolehi pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz dan keluarga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, semua pihak perlu mematuhi semua prosedur yang sudah ditetapkan kerajaan.

Semalam, media tempatan melaporkan kenyataan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz yang mengakui sudah menerima status Penduduk Tetap sejak awal Jun lalu.

Ia turut mencetuskan pelbagai reaksi negatif mendakwa pelakon itu mendapat keistimewaan PRnya diluluskan kerana statusnya sebagai selebriti.

“Dari segi Aaron Aziz ke siapa ke, dia kena ikut prosedur seperti biasa. Yang penting siapa yang kita berikan kelulusan. Keluarga saya sekalipun ikut prosedur, PR bukan merupakan kewarganegaraan. Siapa yang nak menyokong agenda kita jangan lari dari nawaitu dan matlamat untuk tujuan kebaikan. Saya kata orang nak cari pasal dalam landskap hari ini semua kita buat tak kena.” ulas Datuk Seri Hishamuddin.

Beliau sebelum itu hadir di Program Pemantapan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Datuk Seri Hishamuddin berkata beliau gembira kerana golongan selebriti juga mahu sama-sama menjayakan pelbagai program untuk negara dengan memanfaatkan jumlah peminat yang besar.

“Aaron Aziz, Aznil Nawawi, Norman Abdul Halim, Dato’ Siti Nurhaliza mereka ada penyokong tersendiri. Mereka telah mendekati kita bukan untuk apa, tetapi untuk menjayakan agenda lebih besar dan itu merupakan tanggungjawab dan amanah mereka sebagai selebriti yang mempunyai peminat yang ramai. Saya percaya bahawa nawaitu mereka ialah agenda lebih besar, segelintir ni apa kita buat pun tak kena, tapi majoriti melihat isu seperti ini begitu peribadi dan negatif, akhirnya tak akan ke mana. Pandangan majoriti lebih penting untuk tentukan landskap masa depan negara.”

Aaron Aziz dan Aznil Haji Nawawi antara selebriti yang bakal menjayakan satu inisiatif pembelaan kanak-kanak jalanan, terbiar, tiada sijil kelahiran dan diperalatkan sindiket antarabangsa melalui Kementerian Dalam Negeri.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...