Searching...
Tuesday 5 June 2012
05:33 0

25,000 saksikan konsert Madonna


ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu - Penyanyi terkenal, Madonna menghiburkan penonton pada konsert pertamanya di Stadium Yas Island di sini kelmarin.

Seramai 25,000 yang menyaksikan persembahan penyanyi tersebut menjerit dan bersorak semasa Madonna membuat persembahan lebih dua jam.

Bandar ini merupakan persinggahan keduanya selepas dia membuat persembahan di Israel.

Penyanyi itu turut menyatakan kepada para penonton bahawa cuaca di negara ini amat panas.

Beberapa peminat di rantau Asia Barat yang menyaksikan konsert jelajah itu tidak tersinggung dengan Madonna yang membuat persembahan di Tel Aviv, Israel pada minggu lalu.

"Kebudayaan untuk setiap orang, saya tidak kisah dia (Madonna) pergi ke Tel Aviv," kata seorang penduduk dari Lebanon, Patricia Chebli.

Satu pasangan dari Jordan, Tala dan Omar Zaru meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 dengan menyaksikan konsert tersebut.

Omar turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada hari yang sama.

Konsert jelajah Madonna yang melibatkan 80 buah negara akan berakhir di Australia pada tahun 2013. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...