Searching...
Monday 21 May 2012
13:12 0

Wow..Konsert K-Pop Percuma Minggu Depan


Anda peminat k-pop?

Kali ini U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top akan hadir ke Malaysia bersempena dengan Hari Belia Negara 2012 bermula pada 23 hingga 27 Mei ini di Putrajaya.

Berita yang lebih menggembirakan buat peminat-peminat k-pop di Malaysia ialah konsert ini dibawakan secara PERCUMA kepada anda semua.

Untuk pengetahuan anda, pada 25 Mei akan berlangsungnya konsert U-kiss manakala pada 26 Mei akan berlangsungnya konsert Dal Shabet dan Teen Top. Kedua-dua konsert ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam.

Jika dilihat pada konsert-konsert k-pop sebelum ini, para peminat terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket.

Selain itu, terdapat juga konsert artis tempatan seperti Wings, Search, Meet Uncle Hussein dan Black, Kristal serta Lan Typewriter.

Himpunan Jutaan Belia kali ini akan menyajikan aktiviti-aktiviti menarik seperti sukan dan riadah, hobi, modul membina kerjaya dan pelbagai lagi sepanjang lima hari program ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...