Searching...
Wednesday 23 May 2012
20:33 0

WANITA setan - TATTO AYAT KURSI BELAKANG BADAN!




Apa faedahnya mencacah badan dengan ayat-ayat Kursi seperti yang dilakukan oleh wanita di dalam gambar di atas?

Untuk tunjukkan yang dia adalah seorang yang sangat Islam, sangat cintakan ayat-ayat al Quran dan sangat bangga dengan al Quran?

Atau atas tujuan kononnya cacahan tersebut akan mengelakkan daripada terkena sihir, terkena ulah atau sebagai pendinding diri?

Atau sebenarnya cacahan tersebut dibuat kerana kejahilan tentang ajaran agama sendiri?

Atau lebih tepat lagi kerana mahu menghina ayat-ayat al Quran itu sendiri?

Perbuatan mencacah tubuh adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah Taala dan rasul-Nya. Apatah lagi cacahan tersebut adalah melibatkan ayat-ayat al Quran. Mencacah tubuh dengan ayat-ayat al Quran, sebenarnya lebih cenderung kepada penghinaan terhadap kalamullah.

'PAKAI AYAT AL QURAN' bukan bermaksud menzahirkannya pada kulit tubuh... HADAM AYAT AL QURAN bukan bermaksud tulis di atas kertas atau di atas pinggan, kemudian dileburkan dengan air mawar, air hujan atau sebarang air kemudian diminum!!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...