Searching...
Tuesday 29 May 2012
18:47 0

Tangguh ceramah Azhar Idrus masalah trafik - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek




TANJUNG MALIM — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.

Sebaliknya, beliau berkata, penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua-dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.

"Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hasil Penyelidikan Siri ke-5 bertemakan “Inovasi Penyelidikan Sukan” di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.

ABU: Logik sangat la alasan tu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek oi!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...