Searching...
Wednesday 16 May 2012
17:49 0

Takziah: Seorang Petani Maut Di Panah Petir Ketika Pulang Dari Sawah... Al Fatihah..




YAN: Seorang petani maut selepas dipanah petir ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Setar di sini petang semalam.

Azizan Abu, 50, yang dalam perjalanan pulang dari sawahnya kira-kira 5.30 patang, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di badan, kepala, tangan dan kaki.
Anak mangsa, Mohamad Faiz, 21, berkata rakan bapanya, Mohd Rozi Zainal, 53, yang datang dari arah bertentangan ternampak petir menyambar bapanya.
Mohd Rozi juga turut cedera di muka akibat terkena petir walaupun jarak mereka berdua ketika itu ialah kira-kira 50 meter.

Mohamad Faiz berkata, Mohd Rozi melihat bapanya terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam sawah, sebelum dia mendapatkan bantuan orang ramai untuk menolong Azizan.

Mayat Azizan kemudiannya di hantar ke Hospital Yan kira-kira 6.50 petang sebelum dituntut dan dikebumikan di Kampung Setar kira-kira 11 pagi tadi.

Mangsa meninggalkan isteri, enam orang anak berusia sembilan hingga 21 tahun.
Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...