Searching...
Wednesday 30 May 2012
16:30 0

TAK BERASAS KEPALA HOTAK KAU LA, ANAK DURHAKA!!!





Ikon anak durhaka zaman moden, Azmin Ali menolak tuduhan Raja Petra Kamaruddin sebagai tidak berasas. Dan yang paling kelakarnya ialah apabila dia menyatakan, tuduhan tersebut sebenarnya adalah bertujuan untuk MEMBUNUH DATO' SHAFIE YAHYA, bekas Ketua Pengarah BPR yang sebelum ini dituduh telah mengarahkan agar kes siasatan terhadap Azmin Ali ditutup dan dibuang.

Azmin Ali bagaimanapun, tidak menjelaskan bagaimana kekayaan luar biasa yang diperolehinya selain kekayaan TERKEJUT isterinya yang bernama Shamsidar Taharin. Sebaliknya dia menyatakan perkara itu sudah lama iaitu 17 TAHUN.

Dengan kata lain, Azmin Ali cuba berlindung di sebalik faktor lama. Bukannya faktor yang membersihkan namanya. Dan seperti biasa, Azmin Ali hanya mampu menyatakan bahawa DOSANYA ADALAH MENENTANG UMNO.

Rakyat Malaysia bukannya bodoh. Menentang UMNO atau menentang Pakatan Rakyat, hanyalah satu juzuk daripada drama politik di negara ini. Yang dipertikaikan sekarang adalah bagaimana Azmin Ali menjadi TERSANGAT KAYA.

Mungkin kalau Anwar Ibrahim dan gerombolan PKR termasuk Azmin Ali tidak mempertikaikan kekayaan orang lain, maka mereka terselamat daripada dipertikaikan benda yang sama. Kalau sebelum ini, bukan main rancak lagi mereka membuat tuduhan, sekarang sudah tibalah masanya untuk mereka membuktikan yang mereka lebih bersih daripada orang yang dituduh.

Azmin Ali tetap tidak boleh menjawab tentang kekayaan yang dimiliki oleh dia dan isterinya. Mengatakan tuduhan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan Shafie Yahya menutup kes siasatan ke atasnya sebagai TIDAK BERASAS, sebenarnya terlalu amat dangkal kerana dalam hal ini, Azmin Ali yang sepatutnya lebih cerdas dan cergas untuk membersihkan dirinya dan harta-hartanya.

Perkara pokok... macam mana Azmin Ali dan isterinya boleh menjadi terlampau kaya? Adakah senarai harta-harta seperti banglo di Bukit Mas, kereta mewah, simpanan yang bernilai ratusan ribu ringgit, pemilikan saham yang bernilai jutaan ringgit dan sebagainya... semuanya datang dari langit, jatuh terjelepuk ke ribaan mereka laki-bini setelah berdoa bertahajjud sepertiga malam?

Jawapan kepada masalah itu sahaja yang perlu diberikan, bukannya sibuk menyatakan bahawa semua tuduhan tersebut TIDAK BERASAS....

BERASAS ATAU TIDAK, Azmin Ali seharusnya lebih bijak menangani MUSIBAH yang sedang melandanya kerana setiap orang pemimpin itu tidak sahaja perlu bersih tetapi perlu dilihat bersih sebelum sibuk nak membersihkan orang lain!!!

Dan buktikan juga yang awak tu difitnah sebagaimana Nabi Yusuf a.s dan Nabi Musa a.s difitnah seperti yang terdapat dalam TWITTER anda!!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...