Searching...
Friday, 25 May 2012
13:25 0

Syarikat dijual, pekerja dapat bonus RM48 juta





MELBOURNE - Ken Grenda dari Australia telah menjual syarikat bas miliknya, tetapi hampir 2,000 pekerjanya senyum besar apabila kesetiaan mereka dihargai dengan imbuhan istimewa.

Grenda memberi bonus tunai mencecah AS$16 juta (RM48 juta) kepada pekerja-pekerja hasil jualan syarikat basnya yang telah beroperasi selama 66 tahun.

Grenda, 79, dan dua anak lelakinya Geoff dan Scott, dilabelkan sebagai majikan paling pemurah di Australia ekoran keputusan mereka menghargai 1,800 pekerja mereka.

Secara purata pekerja-pekerja menerima RM27,000, berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ada yang menerima antara RM96,000 dan RM320,000, lapor media Australia dipetik BBC.

Syarikat itu dijual kepada Ventura, satu lagi syarikat pengangkutan pada harga RM1.3 bilion.

"Anda tahu, kami ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih 40 tahun. Jadi, sesuatu yang baik untuk berbuat demikian," kata Scott kepada ABC News.

Scott, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, bapanya sedih untuk menjual bisnesnya dan mahu menghargai pekerja-pekerja atas perkhidkmatan mereka selama ini.

"Kami ada pekerja generasi kedua dan seorang bekerja sejak 52 tahun lalu," katanya lagi.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...