Searching...
Thursday, 10 May 2012
17:58 0

'Solvay Hut' Kabin Tertua Dan Tertinggi Di Cerun Gunung

BAGI korang yang gemar mendaki gunung, terutamanya gunung bersalji di luar negara, jangan lepaskan peluang untuk mendaki di cerun Matterhorn yang terletak di Switzerland. Apa yang menariknya kat situ adalah terletaknya satu kabin kecil yang dikenali sebagai "Solvay Hut", yang merupakan kabin tertua dan tertinggi dibina di cerung gunung.

Kabin tersebut telah dibina pada tahun 1915 dan diubahsuai pada tahun 1966..Ia terletak pada ketinggian 4,003 meter dan boleh memuatkan 10 orang pendaki pada satu-satu masa sekiranya berlaku kecemasan.

Selain itu, kabin ini juga mempunyai kuasa elektrik yang dijana melalui tenaga solar dan mempunyai sebuah telefon kecemasan. Ia juga menjadi tarikan para pelancong dan jurugambar professional untuk mengabdikan imej pemandangan di sana.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...