Searching...
Monday 21 May 2012
17:42 0

Sebab Minyak, Chef Wan Cedera Otot


KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Redzuwan Ismail atau Chef Wan telah mengalami kecederaan otot di bahagian paha kanannya akibat terpijak minyak masak yang tertumpah di lantai.

Kejadian yang menyebabkan Chef Wan mendapat kecederaan itu terjadi ketika dia tergelincir sewaktu mengendalikan kelas memasak di Malaysian Women Weekly Cookery Club baru-baru ini.

Chef Wan mengakui, antara punca lain dia mengalami kemalangan kecil itu berikutan terlalu fokus ketika memasak sehingga terlupa dengan aspek keselamatan yang perlu difikirkan.

“Kadang-kadang kejadian yang berlaku tanpa kita duga kerana terlalu sibuk fokus pada masakan sehingga terlupa tentang keselamatan.

“Alhamdulillahlah keadaan saya tidak terlalu serius cuma otot pada bahagian paha koyak sedikit akibat kejadian itu dan saya hanya perlu banyak berehat buat masa ini,” kata Chef Wan seperti dalam laporan berita mStar Online.

Ekoran dari kecederaan yang didapati, Chef Wan terpaksa menukar hampir kesemua jadual kerjanya memandangkan doktor telah menasihatkan supaya dia mendapatkan rehat yang secukupnya.

Dia juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami keadaan dirinya yang membataskan kakinya untuk bergerak bebas.

Pun begitu, Chef Wan tetap menyediakan aktiviti lain supaya dirinya tidak merasa bosan ketika ‘menikmati’ cuti sakitnya di rumah memandangkan dia tidak betah untuk duduk diam.

“Saya ni seorang yang tidak reti untuk duduk diam dan apabila perlu menggunakan tongkat untuk berjalan saya rasa kekok.

“Tetapi nasihat doktor perlu dipatuhi yang mengarahkan saya supaya perlu berehat selama enam minggu sebelum kembali bekerja.

“Saya banyak membuat menu baru dan beberapa aktiviti lain yang tidak perlu melibatkan pergerakan yang banyak supaya tak bosan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...