Searching...
Wednesday 23 May 2012
15:16 0

'Saya Tak Popular Dan Sudah Tua, Mereka Semua Muda-Muda' - Jaclyn Akui Kecewa Dengan Kekalahan

“Tak mengapa, saya terima dengan redha,” ujar penyanyi Jaclyn Victor selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga konsert akhir Mania, baru-baru ini. Jac yang merupakan satu-satunya finalis akhir Mania di bawah Empayar Biru, bimbingan Aubrey Suwito merupakan peserta yang disebut-sebut bakal merangkul gelaran juara Superstar Mania, namun nasib tidak menyebelahinya apabila gelaran tersebut telah dimenangi oleh Hafiz.

“Saya tahu saya tidak popular. Memang orang kenal saya, tapi saya tak popular seperti Hafiz. Lagipun saya dah tua dan mereka yang lain semuanya muda-muda. Mereka semua dari Akademi Fantasia dan sudah ada pengundi mereka sendiri. Saya hanya masuk rumah orang dan saya anggap ini satu pengalaman baru buat saya,” ujar Jac mengaku sedikit kecewa.

“Saya sentiasa kecewa, tapi bukan sebab kekalahan ini. Saya tak puas hati dengan persembahan saya di mana saya rasa saya boleh buat lagi bagus. Masalah saya ialah saya ini kuat gemuruh dan gelabah. Malah, dua, tiga minggu sebelum ini, saya asyik muntah sebelum membuat persembahan kerana terlalu takut.

“Saya rasa saya kena kawal ketakutan saya sebab jika terlalu banyak berfikir, saya boleh sampai terlupa dan tertukar lirik. Apapun, pengalaman saya dalam pertandingan ini bagus di mana selalu akan ada ruang untuk saya belajar lebih lagi. Impak Mania juga bagus sebab platformnya sangat besar dan banyak peluang yang saya peroleh seperti dapat bekerjasama dengan Ahmad Dhani kelak,” ujar Jac yang kini bakal menumpukan perhatian bagi menyiapkan album barunya.

Jac yang bakal membuat persembahan di program Indonesian Idol ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi. Pada konsert akhir Mania, Sabtu lalu, Jac telah memukau penonton dengan persembahan lagu Arjuna, duet bersama Tiar Jinbara serta lagu, ‘Kenangan Terindah’ dan ‘Gemilang’. - GUA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...