Searching...
Wednesday 16 May 2012
12:51 0

'Saya bukan mahu mengungkit'


TINGGAL KENANGAN... Mat Zan (dua dari kanan) tidak akan membimbing skuad Terengganu apabila kontraknya ditamatkan pada 31 Mei ini.


PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris tampil menyuarakan rasa tidak puas hati di sebalik isu 'penyingkiran' yang dikenakan terhadapnya.
Secara terbuka, Mat Zan menempelak pihak pengurusan Terengganu yang seperti tidak menghormati kontrak asal antara beliau dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebelum ini.
"Saya bukan mahu mengungkit perkara lepas tetapi sebagai jurulatih yang berpegang kepada kontrak, saya perlu menun- tut hak saya.
"Lagipun, sehingga kini pada ketika Terengganu sudah melantik jurulatih baharu, saya masih belum menerima sebarang surat berkaitan pemecatan saya.
"Apa yang saya terima semalam (kelma- rin), hanyalah surat tunjuk sebab yang di- keluarkan oleh PBSNT yang mahu saya memberi alasan di sebalik kemerosotan prestasi pasukan Terengganu.
"Saya telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab itu penghujung bulan ini," kata Mat Zan kepadaKosmo! semalam.
Kelmarin, masalah dalaman Terengganu memasuki episod baharu apabila melantik bekas pengendali Kelantan, Peter James Butler sebagai jurulatih baharu skuad Penyu.
"Sehingga kini saya langsung tidak mendapat surat hitam putih mengenai penamatan kontrak saya, malah mereka (PSB- NT) sebaliknya telah melantik jurulatih baharu.
"Saya memang ada bercakap dengan mereka (pengurusan PBSNT) dan bersetuju jika diberikan pampasan sehingga November tahun ini tetapi mereka hanya mahu memberi saya pampasan selama dua bulan iaitu Mei dan Jun.
"Jadi saya memang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana ia melibatkan maruah saya sebagai jurulatih," jelasnya.
Sebagai rekod, Mat Zan yang pernah mengemudi Terengganu pada 'era emas' 2001 dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, kembali diberi kepercayaan melatih skuad Penyu itu pada awal Januari lalu menerusi kontrak sehingga November 2013.
Sepanjang empat bulan bersama Terengganu, Mat Zan berjaya membawa pasukan dari Pantai Timur itu mara ke pusingan kedua Piala AFC, selain melangkah ke sepa- ruh akhir Piala FA.
Bagaimanapun, kekalahan mengejut kepada Sime Darby pada aksi separuh akhir Piala FA bulan lalu menjadi detik 'kejatuhan' Mat Zan apabila ribuan penyokong Tereng- ganu tampil mendesak pengurusan PBSNT dirombak, selain meminta Mat Zan berundur.
Ekoran itu, PBSNT telah membuat kepu- tusan untuk merehatkan Mat Zan selama dua minggu bermula 1 Mei, sebelum Presi- den PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh menge- sahkan pemecatan jurulatih tersebut pada 7 Mei lalu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...