Searching...
Monday 7 May 2012
15:48 0

SAMSUNG GALAXY S3 DILANCARKAN

SYARIKAT gergasi korea, Samsung Electronics mengumumkan dan melancarkan smartphone keluaran terbaru samsung galaxy s3 di London. Dengan beberapa penambahan aplikasi dan sistem pengoperasian pada smartphone terbaru ini, samsung percaya mereka mampu menjadi pengeluar telefon terlaris di dunia akan menjadi saingan sengit kepada iPhone 4S keluaran Apple. 
Saiz skrin yang ditawarkan adalah 22 peratus lebih besar daripada Galaxy s2 iaitu skrin bersaiz 4.8 inci . Walaupun mempunyai saiz skrin yang lebih besar tetapi oleh kerana kerangkanya yang lebih kecil berbanding galaxy s2 menjadikan saiznya tidak menjadi terlalu besar. Sistem pengoperasian Android juga telah dipertingkatkan dengan menggunakan Android V4.0.4 (Ice Cream Sandwich). 

Teradapat beberapa ciri baru yang terdapat pada fungsi kamera samsung galaxy s3 seperti teknik pengecaman muka dan juga mempertingkatkan mutu kawalan suara daripada model galaxy s2.Jadi tunggulah samsung galaxy s3 dilancarkan kat Malaysia nanti.Mungkin agak lambat sikit.Jadi boleh kumpul duit dari sekarang. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...