Searching...
Friday 1 June 2012
00:02 0

PM Itali Mahu Bola Sepak Itali Digantung 3 Tahun


PERDANA Menteri Itali, Mario Monti mencadangkan sukan bola sepak negara itu digantung tiga tahun ekoran skandal mengatur keputusan perlawanan ekoran penahanan 19 orang, membabitkan pemain dan jurulatih, kelmarin.

Monti meluahkan perasaan kecewa dan sedih berikutan skandal tersebut memberi kesan yang mendalam kepada negara Eropah itu.

“Ia amat menyedihkan apabila sebuah negara yang dipandang tinggi, namun tiba-tiba dicemari dengan insiden yang memalukan.

“Bagaimanapun, cadangan ini bukan dari kerajaan, tetapi pandangan saya sebagai peminat bola sepak.

“Namun, saya berharap perkara ini akan disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya,” kata Monti semalam.

Monti berkata sedemikian selepas kapten Lazio, Stefano Mauri dan bekas pemain tengah Genoa, Omar Milanetto merupakan antara 19 ditahan polis berhubung skandal mengatur keputusan perlawan, dipercayai membabitkan liga Itali.

Selain Criscito, jurulatih Juventus, Antonio Conte juga disoal siasat oleh polis.

Semalam, pemain pertahanan Itali dan Zenit St Petersburg, Domenico Criscito telah memaklumkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali bahawa beliau tidak mahu mewakili pasukan negara itu dan meminta maaf berhubung dengan skandal aturan perlawanan.

Criscito membuat keputusan untuk tidak menyertai pasukan kebangsaan bersaing di Euro 2012 bagi membersihkan namanya.

Kesemua 19 yang ditahan dipercayai menerima wang bagi sindiket pertaruhan, yang ketuanya dikatakan berada di Singapura.

Daripada 19 orang itu, 10 merupakan pemain empat divisyen teratas liga Itali, sama ada yang sedang bermain ataupun bekas pemain.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...