Searching...
Wednesday 23 May 2012
23:45 0

Perancis Negara Paling ‘Biadap’?


Ketinggian menara Eiffel serta pemandangan di Louvre yang romantik merupakan daya tarikan di Perancis tetapi tidak bagi sikap penduduknya.

Kajian yang dilakukan oleh Skyscanner telah menunjukkan Perancis merupakan negara yang paling biadap menerusi undian dari 1,200 responden.

Perancis mendahului apabila 19 peratus responden mengatakan warganegaranya bersikap biadap serta kurang sopan.

Rusia pulak menduduki tempat kedua menghampiri rapat Perancis pada kadar 17 peratus manakala Britain di tempat ketiga, 10 peratus. China di tempat keempat, mendahului negara-negara Asia.

Namun, Skyscanner menyatakan kedudukan tersebut terdapat perbezaan dari segi budaya serta kebiadaban.

“Penduduk Rusia lebih berterus terang apabila berkata-kata. Mungkin ada yang salah faham dan menganggap ianya kurang sopan,” kata Tatiana Danilova, Pengarah Pemasaran Skyscanner yang merupakan warganegara Rusia.

Ujarnya, bahasa Rusia tidak begitu sopan jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Apabila diterjemah dari bahasa Rusia ke bahasa Inggeris akan menghasilkan ayat yang sedikit kasar.

Menurutnya lagi, penduduk Rusia pula beranggapan warga Britain sangat berbudi bahasa apabila bertutur.

Pengarah pemasaran Skyscanner di China, Yi Bao turut menyatakan keputusan ini bergantung kepada Teori Perbezaan Budaya seperti budaya Timur dan Barat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...