Searching...
Sunday 13 May 2012
22:32 3

Penyokong Pakatan Rakyat Rempuh Tol Demo Mansuh, Hero Atau Gangster ?

Sepertimana di Bersih mereka bertindak menghuru-harakan ibukota, hari ini 200 orang pengikut pembangkang buat hal di plaza Tol Batu 3, Shah Alam pula.

Kali ini mereka merempuh masuk tanpa membuat bayaran apabila penyokong mereka mengangkat palang bayaran di tol berkenaan.

Siap ada pemimpin Islam Pas dalam kumpulan itu. Inikah contoh yang mahu dipertontonkan?

Kalau anda rasa anda ada point untuk diperjuangkan pun, tak perlu lah berlagak macam itu sekali. Negara ini tetap ada undang-undang untuk menjaga keharmonian masyarakat.

Nanti esok orang lain pulak dapat idea untuk buat benda lagi teruk, kerana anda semua sudah memperlihatkan contoh bahawa boleh buat apa sahaja yang kita suka asalkan ia menentang kerajaan.

Lepas ini dasar menentang kerajaan, pergilah serbu masuk Bank Negara pulak.

Nasib baik perangai bodoh itu disedari seorang pemimpin mereka juga, Dr Xavier Jayakumar yang mengarahkan agar palang itu diturunkan dan berjanji akan membayar ganti rugi.

Mereka ada asas dalam isu itu, namun caranya janganlah macam kumpulan manusia tak sekolah, main buat ikut suka hati aje. Kalau tadbir negara dengan sikap camni, mahu berkecai negara ni!

Berikut adalah petikan portal kesayangan pembangkang, Malaysiakini.

5 minit tol percuma di Batu Tiga

Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.

Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit.

Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.

Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.

“Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu.

“Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya,” katanya.

Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Selain membawa kain rentang bertulis ‘Hapuskan tol baru betul’ dan ‘Hapuskan tol demi rakyat’, mereka melaungkan “Hidup Rakyat”, “Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol”, dan “Hapuskan tol”.

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan ‘Hapuskan tol demi rakyat’ kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.

Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai “paling mengarut dalam negara.”

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.

Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

“Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?,” soalnya. - mynewshub

3 comments:

  1. buat laporan polis kerana menganggu ketenteraman awam,kenapa menganggu tempat org berkerja kenapa tak pegi terus ke pejabat lebuhraya tersebut inilah sikap pembangkang dah mcm gangster,kerajaan pun takkan nak tunggu rakyat yg lain bangun dan halau anjing2 pembangkang

    ReplyDelete
  2. hahahahah.....umngok

    ReplyDelete
  3. page nie pn dh cam page porn...lucah2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...