Searching...
Wednesday 16 May 2012
13:20 0

Penyokong City berpesta



RIBUAN penyokong City membanjiri jalan utama di Manchester semalam bagi meraikan kejayaan pasukan itu menjadi juara Liga Perdana England musim ini.


MANCHESTER - Meskipun terpaksa berdiri di bawah pancaran matahari, lebih 100,000 para penyokong Manchester City tetap teruja untuk meraikan kejayaan pasukan itu.
Situasi itu berbeza ketika Manchester United meraikan kejayaan tersebut 12 bulan lalu apabila para penyo- kong memerlukan payung untuk berteduh selepas skuad The Red Devils merangkul trofi ke-19 Liga Perdana England.
City dinobatkan selaku juara musim ini selepas mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers (QPR) pada hari terakhir liga, Ahad lalu.
Kejayaan menamatkan kemarau gelaran selama 44 tahun itu telah menyebabkan jalan utama di Manchester dibanjiri lebih 100,000 penyokong yang memakai baju warna biru.
Kebanyakan penyokong yang hadir itu masih kecil ketika City meraikan kejayaan yang sama pada musim 1967-68, menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata di depan United.
Mengimbaskan kembali aksi Ahad lalu, ketika ketinggalan 1-2 kepada QPR sebelum permainan memasuki masa kecemasan, para penyokong yang membanjiri Stadium Etihad keli- hatan bersedih, sekali gus tidak yakin skuad bimbingan Roberto Mancini mampu menjadi juara.
Namun, jaringan Edin Dzeko dan Sergio Aguero pada masa kecederaan kembali menceriakan para penyokong City.
"Ia adalah hari yang menakjubkan tetapi so- kongan yang kami terima di sepanjang jalan hari ini (semalam) sungguh berbaloi," kata penjaga gol City, Joe Hart.
"Para penyokong sangat memahami dan mereka memberikan sokongan yang padu. Mereka tahu, ini adalah kelab kami dan satu-satunya tempat yang mereka mahukan."
Sejak beberapa tahun lalu, City telah diejek para penyokong United dan ini adalah peluang terbaik mereka untuk membalas dendam.
Mancini dilihat memakai skaf berwarna biru dan putih ketika dia melambai tangan kepada para penyokong City.
"Saya menyayangi para penyokong kami kerana mereka sangat menakjubkan. Sudah lama saya menantikan hari seperti ini," kata Mancini. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...