Searching...
Friday, 25 May 2012
12:46 0

Pencuri logam mencuri setiap minggu di Republik Czech



MOST, Republik Czech - Pihak berkuasa di bandar ini berdepan dengan peningkatan pencuri logam dan tembaga ekoran harga tinggi yang boleh mereka peroleh apabila dijual.
"Kami mempunyai kes baharu pada setiap minggu," kata seorang jurucakap polis Most, Ludmila Svetlakova.

Trofi-trofi popular termasuk isyarat jalan raya yang diperbuat daripada aluminium, plak loyang, penutup parit, kabel televisyen, barang perhiasan kubur, patung, loceng gereja dan atap bumbung tembaga gereja merupakan contoh barang yang dicuri.

Seorang pengumpul barang kereta api tercengang apabila koleksi terbaharunya, enjin antik kereta api seberat 24 tan, hilang.
Enjin itu yang berharga 267,000 juta koruna (RM42,386) dilarikan oleh dua lelaki dengan menggunakan sepasang kuda.

Kedua-dua lelaki itu kemudian meleraikan enjin itu dan menjual komponennya pada harga separuh daripada nilai enjin tersebut.
Para pencuri itu juga merosakkan landasan kereta api dengan mencuri barang-barang logam.
Dalam tempoh kurang sepuluh bulan pada tahun lalu, para pencuri itu telah menyebabkan kerugian 14 juta koruna (RM2.2 juta) infrastruktur kereta api, kata syarikat yang mengendalikan landasan dan stesen kereta api, SZDC.

Di Horni Jiretin dekat Most, sebuah pusat pengumpulan barangan lusuh yang dibuka tujuh hari seminggu menawarkan di Internet harga 130 koruna (RM20.63) untuk satu kilogram tembaga,
105 koruna (RM16.66) untuk satu kilogram loyang dan 32 koruna (RM5.08) untuk satu kilogram aluminium.

Seorang jurucakap Kementerian Alam Sekitar, Michaela Jendekova, denda sebanyak sejuta koruna (RM158,752) boleh dikenakan jika undang-undang barang lusuh dilanggar.
Undang-undang itu dilaksanakan pada 2009 apabila pihak pengendali barang lusuh perlu memastikan pembekal barang tersebut memberikan identiti mereka.
Namun, kata Jendekova, adalah sukar untuk membuktikan para pelanggar undang-undang tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...