Searching...
Friday 11 May 2012
02:08 0

Pembunuhan Upahan Wanita Ditangkap


Mexico – Polis berjaya menangkap empat pembunuh upahan termasuk seorang wanita, ‘ Maria Jimenez atau LaTosca selepas membunuh pengedar dadah yang dan pegawai polis.

Wanita itu, Maria , 26, yang juga seorang janda, dilaporkan telah membuat pengakuan kepada polis yang dia telah membunuh 20 orang.

Selain membunuh, dia turut melakukan jenayah lain termasuk penculikan dan dibayar AS$1,700 sebulan.

Maria akan didakwa dengan tuduhan melakukan pembunuhan, mencuri kereta dan menculik.

Sementara tiga lagi pembunuh upahan yang ditangkap ialah Raul Hernan Martinez Munoz, 20, Adalberto Urbina Rodriguez (The Pipen) 18 dan Miguel Angel Salas Valdez (Micky), 26.

Selain mereka, lima lagi lelaki dan wanita yang menjadi pengedar dadah juga ditahan.

Mereka merupakan anggota kartel Las Zetas dan kumpulan itu dilaporkan menguasai 14 kawasan di Monterrey.

Mereka ditahan beberapa hari selepas 23 orang ditemui mati dengan ada antara mayat mereka tergantung di jambatan dan ada pula yang dibuang di sepanjang jalan Nuevo Laredo.

Pihak berkuasa turut nota ancaman yang ditinggalkan di tepi mayat berkenaan.

Sejak Presiden Mexico, Felipe Calderon mengambil alih pentadbiran pada bulan Disember 2006, beliau telah melancarkan perang terhadap kartel dadah.

Sejak itu, lebih 50,000 pembunuhan yang mempunyai kaitan dengan dadah telah dilaporkan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...