Searching...
Saturday 26 May 2012
17:10 0

PANAS!! "Perdana Menteri Malaysia Seorang Melayu Beragama Islam"!




Umno-APCO main fitnah lagi.

Kali ini dengan memetik kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh kununnya Perdana Menteri Malaysia boleh dilantik dari kaum lain dan tidak semestinya orang Melayu!

Utusan Meloya dalam laporannya Khamis lalu menyebut Karpal yang membuat kenyataan tersebut padahal sebenarnya satu lagi putar belit jijik di kala Umno-APCO sudah bankrap idea menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Apakah keputusan mahkamah memerintahkan Utusan membayar RM70 ribu kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad di atas laporan fitnah tidak cukup lagi menginsafkan?

Yang pasti, jawatan tertinggi di Malaysia ini sudah disepakat oleh ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat yang tidak mungkin dapat diundurkan keputusannya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Karpal untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP itu yang mahu terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Mengulas serangan ketika beliau berceramah dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin, Anwar mendakwa tindakan itu dilakukan ‘samseng’ Umno.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...