Searching...
Friday 11 May 2012
19:39 0

Panas ! Cerita BEN 10 Lebih Menghiburkan Banding Filem MANTERA ?

REAKSI awal pembaca di Facebook ketika kami memuat naik gambar teaser malam gala tanyangan Mantera, rata-ratanya tidak tahu tentang filem ini malah ada yang sudah cakap filem ini tiru Transformers.

Filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) merupakan filem Sains Fiksyen antarabangsa pertama Malaysia yang mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Azman (Tomok) yang telah menemui sepasang sarung tangan berteknologi nano yang mampu mengubah motosikal menjadi sut robot yang berkuasa.

Dalam masa yang sama, pihak musuh juga sebenarnya memburu benda tersebut dengan misi untuk merampas MANTERA seterusnya menakluki dunia.

Filem ini menjalani penggambaran di Malaysia, Dubai, UAE dan Russia dan turut dibintangi pelakon-pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Identiti superhero yang tersendiri, elemen kemelayuan dan seni mempertahankan diri silat sedikit sebanyak menampung kecacatan filem ini terutama pembawakan watak yang kurang berkesan dan penggunaan kesan khas visul (CGI) yang lemah.

Jika ingin dibandingkan Mantera dengan filem arahan Michael Bay, Transformers, kami rasa cerita Ben 10 lebih menghiburkan.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada anak-anak tempatan yang berani tampil bereksperimentasi dengan filem Mantera. Sekurang-kurangnya ini perkara baru dalam dunia perfileman tanah air.

Filem yang menelan kos sebanyak 8.5 juta ini akan membuka tayangan pada 17 Mei 2012 di seluruh pawagam Malaysia selepas diperam selama dua tahun. - ROTIKAYA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...