Searching...
Tuesday 22 May 2012
15:11 0

Nama-Nama Pelik Di Sabah Sarawak Adalah Pengundi Hantu?

ROMPIN, 22 Mei - Pembangkang kini semakin ketandusan idea untuk memburukkan sistem pilihan raya negara apabila mengaitkan individu yang memiliki nama unik dan pelik sebagai pengundi hantu, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga Timblan Presiden Parti Rakyat Sarawak berkata tindakan pembangkang itu jelas menghina individu berkenaan sekaligus tidak menghormati budaya yang diamal mereka.

"Nama mereka unik atau pelik kerana itu budaya mereka yang diamalkan sejak dulu terutamanya masyarakat Orang Asli dan penduduk di Sabah dan Sarawak.

"Pembangkang kini sudah tiada isu lain sampaikan nama pun nak dibangkitkan dan jelas menunjukkan mereka sudah tandus idea," katanya kepada pemberita selepas merasmikan

Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin di sini Selasa.

Beliau berkata tiada sesuatu yang pelik sekiranya seseorang itu dinamakan dengan nama yang unik terutama mereka yang berasal dari kaum tertentu seperti Iban, Bidayuh dan sebagainya.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...