Searching...
Friday 11 May 2012
21:48 0

Nahas Pesawat Sukhoi : Finalis Puteri Indonesia Salah Seorang Mangsa Yang Terkorban

TANGIS pilu dan ekspresi wajah sedih jelas terlihat di riak muka keluarga mangsa kemalangan nahas pesawat Sukhoi Superjet 100. 

Jumlah mangsa kian meningkat dan dikeluarkan dari tempat kejadian. Terbaru dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa kemalangan tersebut adalah finalis Puteri Indonesia.

Susana Famela Rompas, finalis Puteri Indonesia 2006 dari Sulawesi Tengah bersama beberapa pramugari dari Sky Aviation, turut dikhabarkan terkorban kerana sedang bertugas pada waktu itu sebagai pramugari.

Ianya telah disahkan oleh Yayasan Puteri Indonesia, melalui akaun Twitter rasmi @puterindonesia dengan memuatnaik foto beliau ketika pemilihan Puteri Indonesia tahun 2006

“Salah seprang penumpang Sukhoi Superjet100 yang bernama Susana Famela Rompas, merupakan finalis Puteri Indonesia 2006 dari Sulawesi Tengah.”

“Kami dari Yayasan Puteri Indonesia (YPI) mendoakan yang terbaik untuk Susana Famela Rompas.”

“Susana Famela Rompas tercatat sebagai pramugari Sky Aviation, maskapai yang menjadi mitra Sukhoi.”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...