Searching...
Wednesday, 16 May 2012
19:32 6

Mesti Tahu ! Tanda-Tanda Lelaki Merajuk & Cara-Cara Memujuk

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

- Masam Muka
Tanda merajuk ini memang biasa dan boleh nampak secara jelas dari lelaki tu sendiri.. Si dia akan terus mencuka walaupun korang dah buat lawak mengalahkan Maharaja Lawak Mega.. Walaupun orang sekeliling gelak pecah perut, si dia tetap masam muka..

- Abaikan Korang
Bila ditanya, dia diam.. Bila disoal, dia buat tak tahu.. Kalau dah sampai tahap macam ni memang dah sah-sah lelaki tu merajuk.. Better biarkan lelaki tu sementara, bagi masa untuk dia cooldown balik..

- Tolak Untuk Ada Bersama
Kalau korang ajak untuk makan bersama tapi dia tolak invitation korang tu tanpa sebab yang jelas.. Berjaga-jaga, mungkin waktu tu lelaki tu sedang merajuk dengan korang.. Bila dah jadi macam ni, jangan terlalu memaksa si dia untuk bersama dengan korang..

- Mudah Terasa Dengan Korang
Korang cakap sikit je, dia terasa.. Bila ada benda tak kena je, mula nak naik angin.. Mungkin korang tak perasan kalau lelaki itu dah memang jenis yang panas baran.. So, kenali dia dengan lebih sebab marah bila merajuk lagi bahaya daripada marah biasa..

- Buat Perkara Yang Perempuan Tak Suka
Beware! Ini tahap merajuk paling maksimum.. Sebab lelaki akan merajuk sampai sanggup buat apa yang perempuan tak suka. Contohnya, si lelaki akan protes dengan merokok, flirting dengan perempuan lain atau macam-macam lagi..

Tanda-tanda lelaki merajuk ni biasanya boleh dilihat bila dah teruk.. Sebab biasanya lelaki akan jarang merajuk melainkan perkara tu memang menusuk kalbu diorang.. Hehe.. Pesanan ikhlas, lelaki bila merajuk takkan sama dengan perempuan.. Cara untuk pujuk lelaki lain daripada cara untuk pujuk perempuan merajuk.. So, berhati-hatilah.
Cara-cara memujuk lelaki merajuk:

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Diharapkan dengan tips yang dikongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

6 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...