Searching...
Saturday 12 May 2012
23:50 0

MANIA : Penyingkirian Ebi Dan Shila Amzah Dianggap Wajar!

AKHIRNYA 5 finalist ke konsert terakhir Mania telah pun diketahui. Setelah persembahan daripada kelapan-lapan peserta, Shila Amza, Ebi dan Adira telah tersingkir. 5 peserta yang layak ialah Jaclyn Victor, Stacy, Aril, Hafiz dan Hazama. Tentunya kejutan yang paling besar ialah penyingkiran Shila Amzah yang dilihat sebagai feveret. 
Namun pasti ramai yang bersorak gembira apabila nama Ebi tidak berjaya melangkahkan diri ke konsert final. Walaupun mendapat tempat kedua ketika undian diumumkan semasa permulaan konsert, nampaknya undian akhir tidak memihak kepada Ebi.

Walaubagaimana pun adira yang gagal masuk ke final hari ini nampak terkilan pada wajahnya sebentar tadi walaupun telah beraksi hebat dan membuat persembahan yang terbaik dan konsisten setiap minggu. Namun nasib tidak menyebelahi beliau untuk layak ke pusingan akhir Mania.

Pastinya konsert final minggu depan akan menjanjikan persaingan hebat dengan kelima-lima finalist bakal berentap untuk merebut wang tunai RM500,000. Siapakah yang bakal bergelar juara Mania? Sama-sama kita nantikan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...