Searching...
Monday 21 May 2012
12:51 0

MANIA: Hafiz Sangkal Dia Hanya ‘Juara SMS’


Jangkaan ramai pihak terhadap gelaran juara Mania agak meleset kerana bukan Jaclyn Victor, sebaliknya ia disandang oleh penyanyi Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip.

Malah juara AF7 itu akui agak terkejut dengan keputusan tersebut dan berharap kemenangannya tidak dipertikaikan kerana semua berserah kepada pengundi sepenuhnya.

“Daripada awal lagi, terus-terang saya sangat gementar serta tidak mahu memikir langsung mengenai kemenangan. Sebaliknya hanya fokus kepada persembahan.

“Apabila diumumkan sebagai pemenang saya terkejut dan tidak menyangka sama sekali tetapi saya terima sebagai rezeki daripadaNya.

“Secara jujurnya saya telah menjangkakan Jaclyn Victor menang kerana sebelum ini kedudukkannya boleh dikatakan sentiasa berada di atas sepanjang minggu,” katanya.

Hafiz ditemui selepas berakhirnya konsert Mania peringkat akhir yang berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam semalam.

Dengan kemenangan itu, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir.

Bekas juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.

Manakala Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito jatuh di tempat ketiga, membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.

Dalam pada itu, Hafiz turut menyangkal gelaran Raja SMS selepas sekali juara dalam pertandingan yang hanya melibatkan undian SMS seperti sebelum ini dia juara AF7.

“Saya rasa gelaran itu tak patut diberikan kepada saya selain Mawi kerana Mawi memang layak dengan gelaran tersebut kerana dia benar-benar telah menjadi satu fenomena.

“Bagi saya kejayaan saya kali ini kerana usaha kuat saya sendiri seterusmya anugerah dan rezeki daripada Tuhan,”luahnya.

Sementara itu, Hafiz yang turut ditanya bagaimana persiapannya sebagai Superstar Mania akui dirinya masih kerdil dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

“Saya anggap semua yang berada di peringkat akhir ini merupakan superstar.

Malah,bagi saya walaupun sudah bergelar juara, banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi yang terbaik terutama harapan orang terhadap saya selepas ini,” tambahnya lagi.

Hafiz bakal berkolaborasi dengan Ahmad Dhani untuk single terbarunya di Indonesia tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...