Searching...
Friday 25 May 2012
14:44 0

Lufya Tuju Lagu ‘Doaku’ Buat Zarina

KUALA LUMPUR – Penyanyi Lufya Omar enggan melihat ‘peperangan’ yang terjadi antaranya dengan seorang pelakon wanita, Zarina Anjoulie Lavocah sebagai perkara yang negatif.
Sebaliknya, dia tidak mahu lagi memperbesarkan kisah kontroversi itu dan melihatkan perkara itu sebagai satu perkara yang positif untuk dia terus bergelar sebagai artis tanah air.
Disebabkan itu, Lufya telah menujukan sebuah lagu hasil dari ciptaannya sendiri yang berjudul ‘Doaku’ kepada Zarina supaya pelakon wanita itu menghayati lagunya dan memaafkan sesama mereka dengan apa yang terjadi.
“Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.
“Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu ‘Doaku’ untuknya,” kata Lufya seperti dalam laporan berita mStar Online.
Lagu ciptaannya sendiri itu mengisahkan tentang bagaimana perasaan diri ingin berubah ke arah kebaikan serta mencari keredhaan Illahi.
Bagi Lufya, lagu itu sesuai buat Zarina untuk menilai dan memperbaiki diri sendiri termasuklah dirinya.
“Lagu ini teramat istimewa buat saya kerana ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh saya dengan bantuan penyusun muzik, Rafikconcept.
“Idea lagu tersebut adalah berkonsepkan ketuhanan juga datangnya dari saya di mana saya ingin menceritakan perasaan diri yang mahukan petunjuk ke arah yang diredhai,” Katanya.
Pada bulan lalu, sebuah blog gosip hiburan telah mengeluarkan kenyataan dari Lufya yang mengatakan terdapatnya segelintir peminat yang memikirkan diri Lufya sebagai Zarina.
Ekoran dari kejadian itu, Lufya telah diraba dan pernah dipanggil dengan gelaran ‘Anju’.
Dengan kenyataan Lufya itu, Zarina telah melancarkan ‘perang’ terhadapa Lufya di laman Twitter dengan menggelarkan penyanyi wanita itu dengan beberapa panggilan yang tidak enak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...