Searching...
Monday 7 May 2012
21:51 0

Logitech Solar Keyboard Wireless Folio Untuk iPad 2, iPad Terbaru Generasi Ketiga



Logitech sentiasa tampil dengan aksesori rekaan terbaru berteknologi tinggi. Kali ini Logitech menampilkan keyboard wireless untuk iPad 2 dan iPad Terbaru, dicas menggunakan kuasa solar (cahaya matahari). Jika Anda berada di bawah panahan cahaya lampu biasa sekalipun, keyboard ini tetap mengecas semula baterinya menggunakan cahaya lampu walaupun tanpa cahaya matahari melalui panel solar di bahagian depan penutup, seakan panel solar pada kalkulator. Aksesori ini menggabungkan dua alat – penutup folio menyerupai Smart Cover buatan Apple dan keyboard wireless yang bersambung ke iPad 2 atau iPad Terbaru menggunaakan Bluetooth versi 3.0.


Menurut Logitech, bateri keyboard wireless ini tahan selama dua tahun untuk penggunaaan minima dua jam sehari (jika anda menggunakan iPad lebih dari dua jam sehari mungkin baterinya lebih cepat weak dari tempoh jangkaan). Pada keyboard, terdapat butang khas untuk mengawal bunyi speaker iPad 2 juga iPad Terbaru (volume up, volume down).

Logitech Solar Keyboard dicipta untuk pengguna iPad yang kurang selesa menaip di skrin rata terutama bagi pengguna yang sebelum ni terbiasa menaip laju di keyboard QWERTY biasa. Logitech Solar Keyboard Folio dijual pada harga RM389.97, harga diperingkat global adalah $129.99 Dolar Amerika, boleh dibeli secara online dari Logitech. Kini dibuka untuk pesanan awal sebelum ia mula di jual (pre-order).

Kekurangannya – tidak ada mouse trackpad ataupun cahaya backlit iluminasi untuk menaip ketika gelap. Anda kena menggunakan hujung jari untuk membuat double click, tapping, zoom dan sliding pada skrin iPad. Tapi kan, untuk apa mouse touchpad jika Anda boleh menyentuh skrin dengan hujung jari sahaja? Ingin tahu maklumat lebih lanjut,  masuk ke laman web Logitech melalui link sumber berita kami di bawah.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...