Searching...
Wednesday 30 May 2012
04:15 0

Liverpool kempunan


LIVERPOOL - Hasrat Liverpool untuk mendapatkan khidmat pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez tidak kesampaian.

Ia ekoran tindakan pemilik Wigan Athletic, Dave Whelan untuk mengekalkan khidmat Martinez bersama kelab itu musim depan.

Ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat The Reds yang masih tercari-cari calon yang sesuai bagi menggantikan Kenny Dalglish yang dipecat sebelum ini.

Sebelum ini, beberapa pengurus berprofil tinggi seperti Fabio Capello, Frank De Boer dan Andre Villas-Boas juga telah menolak lamaran untuk berhijrah ke Anfield.

Keputusan itu menyebabkan pilihan The Reds kini cukup terhad iaitu pengurus Swansea, Brendan Rodgers.

Martinez sebelum ini dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama pemilik The Reds minggu lepas.

Namun, Whelan dilaporkan telah memberikan tawaran yang menarik buat Martinez supaya kekal di Wigan termasuk dana membeli pemain baharu.

Meskipun memberikan 'lampu hijau' kepada Martinez untuk mengadakan perbincangan bersama Liverpool, Whelan sebelum ini menegaskan akan melakukan segala yang terdaya bagi menghalang penghijrahan pengurus kelahiran Sepanyol itu ke Anfield.

Selain Rodgers, pengendali Borussia Dortmund, Jurgen Klopp juga dikaitkan dengan Anfield, namun jurulatih itu dikhabarkan belum bersedia untuk meninggalkan saingan Bundesliga. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...