Searching...
Sunday 13 May 2012
18:07 0

Liga Super: Kelantan benam PKNS, kejar Lions XII



Penyerang import Kelantan Mohamed Ghaddar diasak pemain 

PKNS dalam perlawanan Liga Super, Kelantan menang 3-0.
KELANTAN mempamerkan aksi yang cemerlang apabila mencatat kemenangan selesa ke atas PKNS 3-0 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Petaling Jaya malam ini.

Kemenangan ini juga membuatkan Kelantan yang kini mengumpul 37 mata semakin menghampiri pencabar terdekatnya, Lions XII yang mengutip 39 mata.

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha Sekali lagi beraksi cemerlang apabila jaringannya berjaya membuka tirai jaringan The Red Warrior pada minit ke-25 untuk mendahului PKNS 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, PKNS yang tersentak dengan jaringan gol Kelantan cuba mengatur strategi untuk membolosi gawang lawan, bagaimanapun tidak berhasil.

Sebaliknya, asakan bertubi-tubi Kelantan ke gawang pasukan tuan rumah akhirnya berjaya apabila pemain import pasukan itu, Obinna Nwaneri berjaya menghasilkan gol pada minit ke-82 untuk mencatat kemenangan 2-0.

PKNS sekali lagi tersentak apabila jaringan solo Mohamed Ghaddar pada minit ke-86 membuahkan hasil untuk mencatat kemenangan selesa 3-0 sehingga ke wisel penamat.

Sementara itu, hasrat Lions XII untuk menjarakkan pungutan mata tidak kesampaian apabila hanya seri 3-3 dengan Kedah di Stadium Jalan Besar.

Ia kekecewaan kedua diterima pasukan Lions XII setelah tewas di tangan Kelantan 3-0 Jumaat lalu.

Sarawak pula menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Di Stadium Sarawak.

Di Stadium Hang Jebat, Felda United menewaskan Terengganu 2-1, manakala T-Team hanya seri 1-1 dengan pasukan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman pula menyaksikan  pasukan tuan rumah hanya mampu mencatat seri 1-1 dengan Johor FC.

Berikut keputusan perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini:

Lions XII 3–3 Kedah
Sarawak 2–0 Sabah
Felda United 2–1 Terengganu
T-Team 1–1 Kuala Lumpur
Negeri Sembilan 1–1 Johor FC

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...