Searching...
Tuesday 22 May 2012
12:32 0

Lelaki Asyik Bercinta Cedera Diserang


GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang sedang bersiar-siar dengan teman wanitanya cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di persiaran pantai pusat membeli belah Queensbay, di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai S.Arivarasan, 25, diserang lima lelaki bermotosikal dan akibat kejadian itu pergelangan tangan dan kakinya hampir putus dengan luka di beberapa bahagian badannya.

Sambil mengesahkan kejadian itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata mangsa yang cedera parah kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini polis belum mengetahui motif dan kumpulan yang menyerang mangsa dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu secara menyeluruh.

Lai turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal berkata sekumpulan lelaki terbabit memberhentikan motosikal mereka di hadapan gerainya sebelum bertindak menyerang mangsa.

Beliau yang berniaga di kawasan berkenaan berkata kejadian itu juga berlaku dengan pantas dan tiada sesiapa sempat membantu kerana kebetulan pengunjung di situ tidak ramai.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...