Searching...
Friday 4 May 2012
19:14 0

Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12?




Kementerian Pengajian Tinggi menggesa 22 penuntut yang gambar mereka dikeluarkan oleh polis berhubung perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas, supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
 
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian akan bekerjasama dengan polis untuk mengenalpasti dan mencari penuntut terbabit.
 
"Jika kami (kementerian) menemui pelajar terbabit dahulu, kami akan menasihatkan mereka untuk menyerah diri bagi membolehkan polis menyoal siasat mereka. Mereka tidak perlu takut," katanya selepas melancarkan kampus Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak di Damansara Damai di Petaling Jaya hari ini.
 
Dua puluh dua penuntut itu adalah antara 49 individu yang gambar mereka didedahkan oleh polis bagi membantu siasatan kejadian kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas.

Mengenai tindakan kementerian, Mohamed Khaled berkata: "Kami hanya akan mengambil tindakan perlu selepas memperoleh hasil siasatan polis."
 
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bukan hanya merempuh halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, tetapi juga melanggar perintah mahkamah yang tidak membenarkan orang awam berada di kawasan itu antara 28 April dan 1 Mei.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...