Searching...
Thursday 24 May 2012
15:47 0

KJ BENAR-BENAR MENYUSAHKAN AKU : NAJIB RAZAK




Penyelesaian sulit kerajaan dengan Tan Sri Tajudin Ramli timbul kembali selepas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata minggu ini syarikat susunan semula aset nasional Danaharta tidak kehilangan duit dalam penyelesaian luar mahkamah.

DAP hari ini menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Khairy membuka semula perbalahan mengenai penyelesaian sulit yang kontroversial ini dengan menuntut semasa debat yang disiarkan di televisyen dengan Rafizi Ramli dari PKR bahawa dia telah diberitahu sumber bahawa kerajaan tidak kehilangan dalam pengaturan dengan Tajudin.

“Datuk Seri Najib Razak mesti mengesahkan dengan serta-merta jika ketua Pemuda Umno-nya bercakap benar atau sedang menipu orang awam tentang skandal tersebut.

“Terutamanya kerana ini kali pertama seorang ahli politik Barisan Nasional (BN) telah membuat tuntutan bahawa Tan Sri Tajudin telah membayar separuh atau semua hutang tertunggaknya sebagai sebahagian penyelesaian,” ketua publisiti DAP Tony Pua, berkata dalam kenyataan media hari ini.

Khairy telah berkata ada sumber bahawa bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) itu mungkin telah membayar lebih dari RM589 juta yang dihutang kepada Danaharta berikutan suatu penyelesaian luar mahkamah yang jumlahnya masih belum didedahkan.

Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun lalu mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Danaharta untuk menarik balik kes sivil terhadap Tajudin kerana kerajaan telah memutus untuk semua kes diselesaikan di luar mahkamah.

“Dakwaan Khairy itu adalah langsung tidak boleh dipercayai dan kurang kredibiliti, berdasarkan cara sulit di mana kerajaan telah mencuba untuk menutup episod ini dan keengganan sebarang menteri untuk mengesahkan atau menafikan tuntutan bahawa Danahara sebenarnya telah melupuskan semua hutang Tajudin,” ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata.

Danaharta dan Tajudin telah menamatkan kes yang telah lama berlanjutan ini apabila mereka membuat penyelesaian luar mahkamah pada 14 Februari selepas Putrajaya telah mengarahkan Ogos lalu supaya semua GLC menguggurkan kes sivil terhadap bekas anak buah Tun Daim Zainuddin.

Tetapi terma penyelesaian luar mahkamah itu kekal sebagai rahsia antara dua pihak itu walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan pada Disember 2009 supaya Tajudin membayar Danaharta RM589.14 juta dengan faedah tahunan dua peratus yang bermula dari 1 Januari 2006.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...