Searching...
Thursday 31 May 2012
08:16 0

Intan Ladyana Belum Sedia Berkahwin?


KUALA LUMPUR – Pelakon tinggi lampai, Intan Ladyana enggan menetapkan satu jangka masa tertentu dalam rancangan untuk berkahwin dengan pelakon lelaki manis, Kamal Adli.

Intan percaya, hubungan cinta yang disulam bersama Kamal yang hampir menjangkau usia tiga tahun itu pastinya akan berakhir juga ke jinjang pelamin.

Cuma, Intan tidak mahu terlalu meletakkan isu berkahwin sebagai perkara utama untuk dia meneruskan kehidupannya.

Bagi Intan, dia dan Kamal masih lagi perlu untuk menyediakan perkara-perkara yang penting sebelum merancang perkahwinan mereka serta mahukan simpanan yang kukuh untuk digunakan selepas mereka bersatu nanti.

“Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum kami berdua memutuskan untuk berkahwin.

“Sebagai wanita yang hidup di zaman moden, saya sedang berusaha mengumpul duit dan aset sendiri sebagai perlindungan dan bantuan di masa akan datang atau kecemasan,” kata Intan seperti dalam laporan berita portal Murai.com.

Intan juga berfikir, tanggungjawab untuk menjadi seorang isteri terlalu besar untuk digalas.

Maka, dia perlu untuk memahami tugas-tugas dan tahu akan tanggungjawab sebagai isteri dalam berumah tangga.

“Lagipun bukannya mudah untuk menjadi isteri di zaman sekarang. Begitu juga dengan Kamal Adli. Bukannya mudah untuk bergelar suami. Tanggungjawab sangat berat dan pastinya simpanan juga perlu ada.

“Saya mahu, biarlah perkahwinan itu nanti akan menjadi pertama dan terakhir dalam hidup saya. Tak perlu terlalu tergesa-gesa sehingga membawa kepada penceraian,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Kamal begitu terharu kerana Intan begitu memahami keadaan dirinya serta gembira apabila Intan tidak terlalu memaksa dia memikirkan soal perkahwinan.

Malah, aktor itu juga berjanji akan menjaga Intan dengan sebaiknya hinggalah mereka akan berkahwin satu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...