Searching...
Wednesday 30 May 2012
22:16 0

Inilah Wanita China Yang Diiktiraf Memiliki Kecantikan Sempurna & Tubuh Yang Ideal

BANYAK orang kata kecantikan sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China. Model bernama Ai Shangzhen disebut-sebut mempunyai kecantikan yang sempurna seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti saiz wajah dan tubuh gadis itu.
Laman divaasia.com melaporkan, Selasa (15/5), beberapa media infotainment China memetik data tubuh gadis 24 tahun ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90. Shangzhen kini bertugas selaku Hos Rancangan televisyen dan juga pelakon.
Oleh kerana kecantikannya, banyak pihak menuduh Shangzhen menjalani pembedahan plastik. Walaubagaimanapun, gadis ini menafikan tuduhan tersebut dan meminta orang yang menuduhnya bertemu dengan orang tuanya bagi membuktikan keaslian wajahnya. 

Gadis lulusan Universiti Wuhan ini bahkan malu dengan keadaan tubuhnya. Shangzen mengaku sejak remaja merasa malu kerana mempunyai tubuh yang terlalu tinggi.
 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...