Searching...
Monday 21 May 2012
20:32 0

Hubungan Cinta Dengan Almy Nadia - Fizz Fairuz Berbohong Atau Syok Sendiri?

Aik? Apa sudah terjadi? Kami ingatkan pasangan kekasih Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal menamatkan zaman bujang dengan ikatan perkahwinan, apabila Fizz bertindak memberi kenyataan kepada media yang beliau akan berkahwin dengan Almy Nadia apabila memenangi Anugerah Pelakon Drama Lelaki Paling Popular ABPBH 2011 yang lepas.

Kenyataan Fizz itu telah menimbulkan rasa terkejut Almy Nadia kepada media dan pada masa itu, beliau masih lagi mahu menutup mulut akan hubungan yang disifatkan sebagai ‘retak menanti belah’.

Almy Nadia berkata kepada wartawan Berita Harian yang Fizz tidak pernah melamar beliau, mahupun menyuarakan hasrat mahu berkahwin pada tahun ini. Tambah Almy, hubungan percintaan mereka telah goyah semenjak dua tahun kebelakangan ini.

Dalam kenyataan itu juga, Almy telah meminta supaya Fizz Fairuz berhenti berbohong kepada media selain mereka tidak pernah berbincang langsung mengenai soal untuk berkahwin.Keputusan dan kenyataan itu, dibuat sendiri oleh Fizz Fairuz tanpa pengetahuan Almy Nadia.

Almy yang ditanya tidak tahu akan hala tuju perhubungan cinta mereka menyifatkan bahawa Fizz merupakan cinta agung beliau, namun kini, Almy hanya berserah kepada takdir dan keadaan sahaja.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...