Searching...
Thursday 24 May 2012
21:59 0

Hotel Divorce – Khusus Pada Mereka Yang Nak Bercerai


Sekarang ini mana-mana hotel di seluruh dunia sibuk mengadakan promosi Hari Velantine, kononnya untuk mengeratkan kasih sayang antara dua insan.

Ada promosi penginapan Valentine, ada promosi buffet Valentine dan macam-macam lagilah.
Tetapi di Belanda, seorang ahli perniagaan telah mengambil satu pendekatan ‘pelik’…dia telah membuka sebuah hotel yang dinamakan Hotel Divorce, khusus untuk pasangan suami isteri yang hendak bercerai!
Menurut Jim Halfens, hotelnya khusus untuk pasangan yang tidak mahu lagi mempertahankan pernikahan mereka.

Di hotel tersebut, katanya, pasangan yang bermasalah akan diuruskan proses penceraian mereka secepat mungkin.

Tambahnya, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah khidmat dokumentasi, khidmat guaman untuk menentukan hak penjagaan anak, pembahagian harta dan aset dengan yuran perkhidmatan yang cukup berpatutan.

” Di Hotel Divorce, pasangan suami isteri akan dapat mengurus dokumen perceraian mereka dengan pantas, hanya sekitar dua ke tiga hari.
” Contohnya kalau ‘check-in’ hari Jumaat, hari Ahad mereka dah boleh ‘check out’, siap dengan dokumen pengesahan penceraian masing-masing.
” Perkhidmatan ini dibuat untuk membantu pasangan cerai agar terhindar dari sengketa perceraian yang pahit,” ujar Halfens.


Dalam pada itu, pengurus jualan Hotel Divorce, Ninke Bones memberitahu, walaupun ‘konsep’ hotel ini berbeza, namun setiap tetamu yang datang tetap dilayan dengan mesra dan istimewa, seperti mana tetamu di hotel-hotel yang lain.
Namun begitu, katanya, terdapat perbezaan yang ketara di sini kerana selalunya pasangan suami isteri yang datang bersama-sama untuk ‘check in’ akan memilih untuk tinggal di bilik berasingan tidak lama kemudian.

Dan tidak seperti hotel lain, Bones juga melarang kakitangannya bertanya kepada mana-mana pasangan sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan layan dan perkhidmatan yang telah diberikan.

“Yang pastinya soalan-soalan sebegitu tak sesuai ditanya di hotel ini,” ujarnya.
Halfens dikhabarkan akan memperluaskan jaringan hotel tersebut ke Amerika dan Jerman.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...