Searching...
Monday 21 May 2012
23:11 0

Genius LuxePad Ultra Nipis Untuk iPad



Menaip di iPad menggunakan wireless keyboard amatlah selesa berbanding menaip di atas permukaan iPad menggunakan on-screen-keyboard yang biasanya membuat kita melakukan lebih banyak kesilapan terutama apabila menaip laju. Genius LuxePad adalah papan kekunci wireless direka khas untuk iPad, iPad 2 dan iPad Baru generasi ketiga. Apabila mula menggunakannya, Anda perlu letakkan iPad di hadapan Anda secara menegak atau melintang (lebih sesuai di guna apabila menaip di atas meja mahupun permukaan rata) dalam lingkungan 30 kaki antara keduanya. Butang aksara LuxePad direka menjadi nipis senipis pisau cukur, senyap dan menyamai aksara keyboard QWERTY pada Apple Wireless Keyboard. Papan kekunci ini memiliki bateri bina dalam yang boleh dicas semula melalui sambuangan kabel USB (kabel disertakan), juga ada pad bergetah untuk keselesaan pergelangan tangan Anda ketika menaip, ada butang ON/OFF untuk mematikannya saat tidak digunakan. Harga Genius LuxePad di Malaysia adalah sekitar RM160-170. Bateri agak tahan lama sepertimana keyboard wireless lain namun bergantung pada gaya penggunaan Anda juga. Kini sudah ada di jual di sekitar Malaysia. Ia serasi dengan iOS versi 4.0 ke atas, maknanya ia juga boleh digunakan untuk iPhone walau tidak dinyatakan di dalam user manual. Berbaloi untuk mencuba.

[ sepertimana di Genius ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...