Searching...
Monday 7 May 2012
06:25 0

Gangguan Bekalan Air Selangor , Jangka Pulih 8 Mei




KUALA LUMPUR ; Sebanyak 13 kawasan di sekitar Cheras mengalami
gangguan bekalan air berikutan kejadian paip inlet yang membekalkan air
ke kolam Pudu Hulu pecah.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn. Bhd., (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, syarikat itu
telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau di Syabas Kuala
Lumpur pada pukul 11 malam tadi ekoran kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, kerja baikpulih paip
pecah itu telahpun siap sepenuhnya pada pukul 2 pagi tadi dan bekalan
air akan pulih secara berperingkat sehingga selewat-lewatnya Selasa
malam (8 Mei).

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, Taman
Midah, Taman Cheras, Taman Supreme, Taman Desa Aman, Taman Sri Bahtera,
Taman Permata, Taman Rajawali, Taman Gemilang, Taman Mutiara Timur,
Taman Bukit Ria dan Batu 5 Cheras.

"Pihak Syabas telah meletakkan lapan buah lori dalam keadaan tunggu
sedia ke kawasan yang memerlukan bekalan air pada bila-bila masa
diperlukan, katanya.

Abdul Halem menasihati pengguna agar menggunakan air secara berhemah
sepanjang tempoh gangguan tersebut dan sebarang aduan atau pertanyaan
boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...