Searching...
Tuesday 22 May 2012
10:56 0

Gadis Dibunuh Kerana Berperangai Ala Barat


Britain – Seorang gadis remaja dibunuh oleh ibu bapanya selepas dia didakwa menjalani kehidupan ala barat dan tidak lagi mematuhi peratutan yang ditetapkan.

Ibu bapa Shafilea Ahmed didakwa menyerang remaja berusia 17 tahun itu di depan anak perempuannya yang lain sebelum membuang mayatnya ke dalam sungai.

Mayat Shafilea kemudiannya ditemui di Cumbria pada bulan Februari 2004.

Susulan itu, ibu bapanya, Iftikhar Ahmed dan Farzana Ahmed didakwa di mahkamah dengan tuduhan membunuh atas alasan remaja itu tidak lagi patuh kepada mereka.

Pendakwaraya, Andrew Edis QC ketika memulakan kes memaklumkan, kedua-dua tertuduh telah menghabiskan masa selama 12 bulan untuk memaksa mangsa mengikut kata mereka.

“Mereka kemudiannya sedar bahawa mereka gagal membantunya supaya pulih kembali, sehingga memaksa remaja itu dibunuh kerana membawa malu kepada keluarga,” katanya.

Shafilea juga dibawa ke Pakistan oleh keluarganya pada 2003 dalam cubaan memaksa gadis itu berkahwin namun sebagai membantah tindakan itu, Shafilea dilaporkan telah minum peluntur.

Namun ibu bapanya Shafilea mahu membunuh diri sebaliknya menyifatkan kejadian itu berlaku kerana anak gadis mereka tersalah mengambil tin minuman.

Saksi kes itu ialah adik Shafilea iaitu Alesha.

Mahkamah dimaklumkan Alesha merahsiakan perkara itu selama tujuh tahun dan ia hanya terbongkar selepas dia ditangkap kerana bersubahat melakukan rompakan di rumah ibu bapanya di Liverpool Road, Warrington.

Edis berkata, selepas menyaksikan pembunuhan itu, Alesha yang menetap bersama keluarganya, berasa tertekan dan mula mempersoalkan kewajaran tindakan ibu bapanya itu.

Perbicaraan itu bersambung.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...