Searching...
Monday 21 May 2012
13:36 0

Fizz Nak Melamar, Almy Kata Dah Retak. Mana 1 ?


KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemenang anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Fizz Fairuz yang ingin melamar kekasih hatinya, Almy Nadia pada tahun ini juga benar-benar mengelirukan pelakon wanita itu.

Almy berkata dalam laporan berita Berita Harian Online, hubungan cinta antara dia dan Fizz Fairuz sudah lama tidak bahagia.

Malah, pelakon manis itu juga mendakwa hubungan cintanya kini berada dalam situasi yang tegang sejak dua tahun yang lepas.

“Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan.

“Bagi saya, Fizz meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini,” kata Almy.

Selepas Fizz Fairuz mengumumkan ingin melamar Almy di media beberapa minggu yang lepas, terlalu ramai pihak yang bertanyakan maklum lanjut kepada Almy tentang perkara itu.

Namun, Almy hanya menjawab terkejut dengan tindakan Fizz Fairuz dan meminta semua pihak bertanyakan hal itu sendiri kepada pelakon lelaki itu.

Bagaimanapun, kerana sudah tidak tahan dihujani soalan-soalan berkaitan perkahwinan, Almy terpaksa akur untuk membuka mulut yang hatinya semakin lara dengan tindakan Fizz Fairuz.

“Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan.

“Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini,” katanya.

Almy mengakui pernah meminta hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan sewaktu di awal usia percintaan mereka.

Tetapi, dek kerana diri Fizz Fairuz yang masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab serta ingin membina kerjaya, Almy terpaksa akur membiarkan dahulu hubungan mereka berjalan seperti biasa.

“Saya akui pada awal perhubungan dulu, saya ada mengajak Fizz berkahwin kerana saya tidak sanggup melalui ujian dan kepincangan dalam hubungan yang terlalu lama tanpa ikatan, tapi ketika itu, Fizz tidak bersedia lagi.

“Dia mahu berjaya dalam kerjayanya sebagai pelakon dan mengumpul duit terlebih dulu. Saya faham, saya tahu bukan senang nak membina rumah tangga tanpa kewangan kukuh. Tapi, lama kelamaan hubungan kami semakin renggang, semakin jauh selepas tiga tahun bercinta.”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...