Searching...
Friday 25 May 2012
14:14 0

Fenomena Jae Joong – Penerbangan ‘Lumpuh’


Semalam, bintang terkenal Korea, Kim Jae Joong telah hadir ke Taiwan bersempena ‘2012 KIM JAE JOONG FAN MEETING IN TAIPEI‘ iaitu sebuah rangka lawatan bagi mempromosi dramanya, ‘Protect the Boss’.

Dia telah disambut dengan sorakan oleh lebih dari 600 orang peminatnya yang berkumpul di lapangan terbang sejak dari awal lagi.

“Ia sepatutnya menjadi lawatan yang singkat di lapangan terbang ini, jadi kami tidak menjangkakan kehadiran yang begitu ramai,” menurut Allkpop.com dengan kata salah seorang pegawai yang bertugas di lapangan terbang tersebut.

Akhbar tempatan juga melaporkan bahawa lapangan terbang tersebut dan semua penerbangan tergendala buat sementara kerana terlalu ramai orang yang hadir pada satu-satu masa.

Menurut Allkpop.com, penganjur program tersebut telah mengesahkan sebanyak 2,500 tempat duduk habis dijual dalam masa beberapa saat sahaja. Lantaran itu, sistem pengkalan data penjualan tiket program tersebut turut mengalami gangguan.

Fenomena peminat Jaejoong ini semakin memuncak kerana Jaejoong merupakan salah seorang ahli kumpulan TVXQ. TVXQ mempunyai kumpulan peminat yang paling ramai sehingga tercatat di dalam Guinness World Records pada tahun 2008.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...