Searching...
Monday 7 May 2012
12:32 0

Selepas Bergelar Isteri Fasha Sandha Makan Kuih Dari Tong Sampah ?


Tidak sangka apabila tidak sampai seminggu Fasha Sandha bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai), beliau sanggup turun ke sidang media drama bersiri terbaru beliau di TV3.

Fasha Sandha bakal tampil disamping Fahrin Ahmad dalam drama bersiri Seindah Sakura yang akan memulakan tayangan malam ini melalui slot Akasia di TV3.

Seindah Sakura yang merupakan arahan pertama Zul Huzaimymemaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (lakonan Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Menariknya, Fasha Sandha membuka cerita kepada wartawan Gua tentang adegan dimana beliau menjamah kuih yang beliau kutip dari atas lantai kotor dan tong sampah.

Menurut Fasha Sandha, pengarah pada awal hanya meminta beliau gigit sedikit kuih yang dikutip. Namun untuk berikan lakonan semulajadi untuk kepuasan penonton, beliau makan bahagian kuih itu sehingga habis.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...