Searching...
Wednesday 16 May 2012
21:25 1

Fakat Menarik ! Sentuh Janggut Lelaki Untuk Hamil ?

KAJIAN terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

1 comments:

  1. Rasanya fakta ini tidak sahih atas beberapa sebab..

    1)Massachusetts Institute of Technology(MIT) tidak pernah cetak buku "The Amazing Fact of Human Body".. Rasanya buku ini tidak wujud.. Wallahu’alam..

    2)Buku terlaris yang dicetak oleh National Geography berjudul "Incredible Voyage: Exploring Human Body", juga tidak menyebut tentang apa-apa kaitan janggut dan hamil..

    3)Saya fasih bertutur dalam bahasa mandarin, urdu, english dan melayu.. Namun hanya 1 website saja yang berbahasa melayu yang menyebut tentang fakta ini. Ia disampaikan oleh Dr.Tamnul Azhar Mulkan..

    4)Massachusetts Institute of Technology(MIT) dapat sokongan kuat daripada, Federal Reserve Bank Chairman-Ben Bernanke, Economist-Paul Krugman, dan Prime Minister Israel-Benjamin Netanyahu.. Meraka semua memperolehi ijazah dari MIT dan juga beragama yahudi..

    Ini berdasarkan apa yang saya telah kaji.. Insya'allah saya akan memperoleh lebih maklumat mengenai subjek ini..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...