Searching...
Saturday 12 May 2012
14:37 0

Estranged Makin Besar Kepala Tolak Projek Amal ?

Di ruangan gosip semalam, sebuah portal hiburan telah menyiarkan cerita tentang sebuah kumpulan yang didakwa telah menolak tawaran seorang penganjur untuk terlibat sama dalam satu projek amal.

Yang membuatkan pihak penganjur terkilan apabila kumpulan itu dikatakan telah menolak dengan kata-kata yang mampu membuat sesiapa saja sentap - "We don't do charity these days".

Ramai pembaca yang dapat meneka siapa band yang dimaksudkan, iaitu Estranged.

Bukan hendak memihak kepada sesiapa tetapi sudah beberapa kali berurusan dengan Estranged dan pihak pengurusan mereka. Jadi, sukar untuk dipercaya mereka akan membalas dengan jawapan sebegitu rupa.

Bila diselidik lebih lanjut, media mendapat tahu Estranged akan terlibat dalam satu persembahan amal Ahad ini di The Bee, Publika, Solaris Dutamas. Acara Come Together bertujuan untuk mengumpul dana buat pemuzik tempatan Alda Evan Tan.

Jadi, kalau ada yang nak tuduh Estranged sudah besar kepala sampai tak melibatkan diri dalam apa jua aktiviti amal, tak masuk akal, bukan?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...