Searching...
Wednesday 30 May 2012
00:32 0

Eden Hazard Sah Ke Chelsea


Pemain berusia 21 tahun itu menulis di Twitternya yang berbunyi “Saya menandatangani kontrak untuk kelab yang memenangi Liga Juara – Juara” merujuk kepada kemenangan The Blues ke atas Bayern Munich pada 19 Mei yang lalu.

Masih belum ada pengesahan rasmi dari Chelsea atau Lille sama ada telah ada perjanjian tentang pemindahan Hazard tetapi laporan di Perancis mengatakan bintang Belgium itu telah setuju kontrak lima tahun dengan pasukan Blues.

Tiga kelab gergasi Liga Inggeris cuba melamar Eden Hazard tetapi dia memilih Chelsea. Mungkin kerana Chelsea pasti akan masuk Liga Juara-Juara musim depan kerana mereka mengalahkan Bayern Munich dalam perlawanan akhir itu.

Bintang Belgium itu, yang akan bermain untuk Belgium apabila mereka menentang England dalam persahabatan Sabtu ini di Wembley, telah menikmati musim yang cemerlang dengan Lille, yang mengakhiri musim di tempat ketiga dalam Ligue 1.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...