Searching...
Thursday 24 May 2012
22:18 0

Doktor Mencari Bola Mata Palsu Di Kemaluan Pesakit Perempuan

BENDA asing seperti kondom atau barang-barang seludupan sering dijumpai di kemaluan perempuan. Namun di Amerika Syarikat, seorang doktor mencari benda yang agak mengerikan iaitu bola mata di dalam kemaluan pesakitnya.

Dr Melissa Barton, doktor Unit Gawat Darurat dari Detroit Medical Center mengatakan pernah menerima pesakit dengan keluhan yang sangat tidak wajar. Keluhan yang harus ditulis Barton dalam rekod perubatan tersebut adalah, terdapat mata di dalam vagina pesakit.

Memang bukan bola mata sebenar, benda yang ditemui dalam lubang kemaluan itu adalah bola mata palsu milik pesakit. Bola mata palsu itu memang sengaja dimasukkan dalam kemaluan, namun ianya tidak boleh dikeluarkan lagi dan perlu dibawa ke hospital.

Saat itu, pesakit tersebut sedang menghadapi konflik dengan beberapa jirannya. Bimbang hartanya akan dirampas, pesakit perempuan ini melindungi barang-barang berharga termasuk bola matanya ke tempat yang dirasa selamat.

Lubang kemaluan dianggapnya paling selamat untuk menyimpan beberapa benda yang saiznya kecil, namun besar nilainya kerana harganya mahal mahupun susah mencarinya. Selain bola mata palsu, lesen memandu termasuk benda yang diselamatkan pesakit ke dalam kemaluannya.

"Benda-benda itu sangat mahal dan susah dicari gantinya. Oleh sebab itu diletakkan di situ, bersama-sama dengan lesen memandu, "kata Dr Barton seperti dikutip dari ABC News.

Tidak dijelaskan pada bila-bila peristiwa itu berlaku, Dr Barton hanya menjelaskan sekilas berdasarkan catatan rekod perubatan tentang pesakit tersebut. Yang jelas, bola mata dan surat-surat berharga tersebut sudah dikeluarkan dan berada di tempat yang lebih selamat.

Selain bola mata dan surat berharga, Dr Barton mengatakan ada banyak benda aneh lain yang sering ditemui dalam tubuh manusia selama bekerja di Unit Kecemasa. Salah satunya, Dr Barton pernah menolong pesakit lelaki dengan 4 patung Barbie termasuk di anusnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...