Searching...
Thursday 24 May 2012
16:59 2

Di Mana Hebatnya? 'Mania Hanyalah Sebuah Persembahan Biasa Kerana Undian SMS' - Dato' Siti

SELESAI berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, kemuncak program Mania terbitan Astro akhirnya menobatkan juara Akademi Fantasia 7, Hafiz yang juga artis Astro Entertainment Sdn. Bhd sebagai Juara.

Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000, manakala penerbit yang mengemudi kejayaannya, Ahmad Dhani membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.

Stacy, sang juara Akademi Fantasia 6 pula diangkat sebagai pemenang tempat kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000. Manakala Jaclyn Victor meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Jika dihitung, jumlah terkumpul untuk hadiah wang tunai sahaja berjumlah lebih RM1 juta. Bukan satu jumlah yang kecil, namun itulah jumlah yang telah diserahkan penganjur bulat-bulat kepada pemenang. Syabas penulis ucapkan kepada semua pemenang.

Namun penulis tertanya-tanya, di mana manianya program ini? Menilai kepada beberapa segi, penulis merasakan program ini membantutkan kreativiti seseorang penyanyi mahu pun tiga penerbit yang bertanggungjawab untuk merubah sebutir bintang menjadi superstar.

Umum mengetahui betapa hebatnya susuk tubuh insan bernama M.Nasir di Malaysia, geniusnya Ahmad Dhani mengepalai industri muzik di Indonesia dan kreativiti penerbit generasi baru seperti Aubrey Suwito. Tidak pernah penulis pertikaikan kehebatan mereka.

Namun setelah melihat persembahan artis di bawah kendalian mereka, penulis bertanya pada diri sendiri, di mana kreavitinya? Setiap minggu penonton dihidangkan dengan nilai persembahan yang tidak ubah seperti konsert-konsert mingguan Akademi Fantasia sembilan tahun lalu.

Mengapa penulis berkata demikian? Kreativiti artis yang bertanding di Mania seakan tersekat dan tidak diteroka dengan lebih mendalam oleh penerbit muzik. Kemampuan artis yang bertanding tidak diuji sebaiknya. Sebaliknya mereka hanya diuji dengan gubahan susunan muzik lagu nyanyian mereka mengikut kesesuaian vokal mereka.

Menggunakan SMS sebagai hakim untuk menilai persembahan artis-artis profesional masih boleh dipersoalkan. Dalam satu wawancara bersama penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, beliau menegaskan Mania adalah sebuah persembahan biasa kerana undian SMS. 

Menurutnya lagi, penilaian yang dilakukan terhadap penyanyi profesional perlu disertakan dengan markah dari penghakiman panel juri bagi mencari nilai kualiti yang dipersembahkan oleh setiap artis bertanding bukannya sekadar populariti.

Pada pandangan penulis, sekiranya keuntungan SMS masih mahu dijadikan keutamaan, 70 peratus boleh diberikan kepada jari yang menjadi juri, maka selebihnya diberikan kepada panel juri profesional. 

Melihatkan kepada keputusan yang telah dibuat 100 peratus panel juri SMS, tidak mustahil sekiranya ada musim kedua tidak akan ada artis pun yang akan mahu menyertai program ini.

Sebab utamanya adalah Mania masih mengutamakan populariti dan bukannya kualiti. Populariti masih menjadi keutamaan penilaian penonton dan bukannya kualiti yang dilihat penonton. Kalau ada pun, terlalu sedikit jumlahnya.

Namun, satu perkara yang menarik mengenai Mania adalah penglibatan komposer genius Ahmad Dhani. Sekiranya benar apa yang diperkatakan Dhani iaitu akan membawa bakat Malaysia ke Indonesia, ia adalah sesuatu yang bagus. 

Strategi serampang dua mata Mania ini penulis lihat mampu memberikan peluang kepada artis Malaysia untuk membolosi sekelompok pasaran muzik yang cukup tertutup sejak akhir-akhir ini.

Setidak-tidaknya Mania berjaya dari aspek tersebut cuma pelaksanaannya perlu dilakukan dengan lebih teliti kerana industri muzik Malaysia telah lama menyedari bagaimana tertutupnya pintu mereka untuk kita.

Selagi impian Dhani itu belum terlaksana, persoalan di mana manianya program ini masih belum terjawab. - GUA

2 comments:

  1. setuju sangat!! kalau nak hasilkan superstar... markah juri dan penilaian juri lagi penting,,SMS ni orang sokong yang glamour ja..bukan kualiti

    http://sempoicornerdisini.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. rm 1 juta d pertaruhkan utk persembahan yg 'biasa-biasa' saja, macam x berbaloi rasanya..

      terima kasih kerana berkunjung ke blog ini >.<

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...