Searching...
Wednesday 9 May 2012
15:39 0

Dera Kanak-Kanak - PDRM Terima Link Video Dari Orang Ramai

Salam 1 Malaysia,

Pihak PDRM telah banyak menerima video yang sama namun pelakunya tidak dapat dipastikan selagi pihak keluarga atau sesiapa yang mempunyai maklumat membuat laporan polis.

Video ini juga telah disalurkan ke jabatan yang berkenaan

Terima kasih di atas keprihatinan.
Itu adalah mesej yang dihantar admin page Polis Diraja Malaysia di Facebook.

Kurang daripada 1 minit orang ramai yang menghantar mesej itu, mereka telah memberikan respon.

Inilah contoh kecekapan yang harus dipuji. Penamat yang lebih baik adalah jika polis benar-benar dapat membawa si pelaku dan tukang rakam ke muka pengadilan.

Kami yakin ia boleh dilakukan namun seperti yang ada dalam mesej di atas, selagi pihak keluarga atau sesiapa yang tahu tidak tampil, mungkin ia agak sukar.

*Harus kami sertakan peringatan : Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia. This is an Official Facebook of Royal Malaysia Police. Sebarang maklumat jenayah hendaklah disalurkan kepada balai polis terdekat atau di talian 03-22663333/3444. Emel : mcc@rmp.gov.my

Kami hanya mencuba, namun mereka tetap respon, terima kasih. - munewshub

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...